Suhakam dapati polis bertanggungjawab Isu_laluan_Bandar_Mahkota_Cheras_di_Lebuhraya_Cheras-Kajang

Pada 7 Januari 2008, laporan panel inkuiri Suhakam diketuai Datin Paduka Zaitoon Othman mendapati pasukan polis dan FRU telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden demonstrasi merobohkan tembok penghalang ke Lebuh raya Cheras-Kajang pada 27 Mei 2008. Pemandu kereta Proton Saga iaitu Chang Jun Haui telah dicederakan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di jalan keluar masuk Bandar Mahkota Cheras . Beliau bersama teman-temannya pulang dari restoran dan melalui jalan tersebut. Dalam kesesakan itu , FRU mendapati kereta itu membahayakan dan cuba melanggar sepasukan 30 anggota FRU yang bertugas . Pada 8 Januari Ketua Biro Pendidikan Politik MCA Gan Ping Sieu menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis terbabit dan dengaan itu imej polis akan kembali pulih. [1][2]